SERDANG, 23 Ogos- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) turut menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan apabila menyertai program Semarak Merdeka 2025 anjuran Pusat Kebudayaan dan Seni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSASSS).

Di sebalik kemeriahan acara, tersimpan usaha gigih warga FBMK yang bersama-sama berganding bahu dalam membuat persiapan. Bermula dengan menghias ruang, menyusun persembahan hingga memastikan kelancaran penyertaan pertandingan, setiap langkah mencerminkan semangat kebersamaan dan dedikasi.
“Persiapan ini bukan sahaja mengenai hasil akhir, tetapi perjalanan yang dilalui bersama. Ia mengukir memori indah dan mengeratkan lagi hubungan warga fakulti,” kata wakil FBMK.

Dengan semangat kerja berpasukan dan iltizam yang ditonjolkan, penyertaan FBMK dalam Semarak Merdeka kali ini menjadi bukti sokongan padu fakulti terhadap usaha menghidupkan semangat patriotisme di peringkat universiti.
Date of Input: 25/08/2025 | Updated: 25/08/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia