UPM MENANG TEMPAT KEDUA DALAM PROGRAM PEMBINAAN BAKAT SISWA 2017 | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » UPM MENANG TEMPAT KEDUA DALAM PROGRAM PEMBINAAN BAKAT SISWA 2017

UPM MENANG TEMPAT KEDUA DALAM PROGRAM PEMBINAAN BAKAT SISWA 2017

Kuala Lumpur- Ibrahim Latola, pelajar Linguistik Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,  diumumkan pemenang tempat kedua dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2017 kategori Penulisan Ilmiah, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.  Majlis penyampaian hadiah dan penangguhan ini disempurnakan oleh Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Latola (kiri) bersama pensyarah pembimbingnya, Dr. Sharil Nizam Sha’ri

Kejayaan ini menjadi milik  UPM setelah pesertanya berjaya menghasilkan kertas kerja bertajuk ‘Ekspresi Psikologi Islam dalam Penenun Cinta’ dan dibentangkan di hadapan juri. Peserta Universiti Kebangsaan Malaysia  diumumkan sebagai johan dan Universiti Sains Islam Malaysia pemenang tempat ketiga.

Para pemenang bergambar bersama tetamu kehormat

Seramai 18 peserta dari universiti awam dan swasta yang bertanding pada tahun ini,  Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein  Onn Malaysia (UTHM), Universiti Kuala Lumpur, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Universiti Teknologi Petronas (UTP), dan Kolej  Universiti Insaniah (KUIN).


Pemenang bersama ketua jabatan Bahasa Melayu

Kejayaan ini membuktikan kemampuan pelajar untuk membaca, menelaah dan menghasilkan teks kritikan sastera terbitan DBP dan berupaya menyampaikan hasil kajian atau kritikan di hadapan khalayak.  Program tahunan ini mendapat penyertaan dan persaingan yang sengit dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan, usuludin, teknologi maklumat, pengurusan dan kaunseling.

Date of Input: 11/05/2017 | Updated: 11/05/2017 | ctsakinah

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdDAH~