Pelajar UPM Kumpul Dana Bantu Golongan OKU | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » Pelajar UPM kumpul dana bantu golongan OKU

Pelajar UPM kumpul dana bantu golongan OKU

Serdang – Ramai golongan masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID 19, termasuklah golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Ramai daripada mereka yang kehilangan pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan terutamanya bagi mereka yang mengambil upah harian seperti menjadi tukang urut, berniaga, penghibur di jalanan dan sebagainya.

Justeru, seramai 33 orang pelajar Komunikasi dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM yang mengambil Kursus Pembangunan Kesukarelawanan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar menganjurkan program Empowering Disabilities dengan kerjasama Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda, Selangor untuk mengumpulkan dana bagi membantu golongan tersebut.

 

Pengarah Program, Dharshna Murthy A/L Darmalingam berkata, usaha ini dijalankan atas keprihatinan terhadap nasib golongan OKU di negara kita.

“Objektif program ini dijalankan adalah untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan cakna dengan masyarakat sekeliling serta membuang sifat mementingkan diri dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

“Program yang berlangsung selama lebih dari sebulan ini menjalankan kutipan secara dalam talian bagi membantu golongan OKU yang terjejas di sekitar negeri Selangor yang akan disalurkan melalui Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda,” Tambahnya.

Terdahulu, telah berlangsung aktiviti Sembang Santai : Antara Impian dan Realiti yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat secara dalam talian bersama tiga orang panel dalam kalangan OKU iaitu Fendy Caliph Buskers, Dr. Ruzimi Muhammed seorang pakar motivasi dan Dr. Mastura Mahamed, pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi UPM.

 
Sesi sembang santai bersama Dr. Mastura Mahamed, pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi UPM.
 
Prof. Dr. Mohd Azidan Abdul Jabar, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM,

Pelbagai isu yang telah dibincangkan bagi membuka mata masyarakat tentang realiti kehidupan mereka.

 

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Prof. Dr. Mohd Azidan Abdul Jabar turut menyokong program ini yang dilihat dapat memberi peluang kepada mahasiswa menyalurkan bakti dan dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka.

Para pelajar dan peserta mengambil gambar kenangan bersama ahli panel semasa sesi sembang santai
Sesi Sembang Santai bersama Fendy Caliph Buskers
 

“Mahasiswa perlu menanamkan nilai keprihatinan dan kepimpinan dalam diri dan berharap dapat melihat para pelajar menjadi anggota masyarakat yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kepemimpinan dan kepribadian.

“Disamping itu, program seperti ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk memantapkan kemahiran insaniah atau pun soft skill mereka agar dapat menjadi mahasiswa dambaan para majikan apabila bergraduat kelak.” katanya semasa hadir merasmikan program tersebut.

Setakat ini para pelajar ini telah berjaya mengumpulkan wang tunai berjumlah lebih dari tiga ribu ringgit. Semoga usaha murni para pelajar ini akan mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat.

 

Penulis: Rahmawati Nurdin - Sinar Harian

Date of Input: 18/09/2021 | Updated: 06/12/2023 | amira.rahim

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdNAS~