FBMK,UPM Terima Kunjungan Delegasi Kagawa University Jepun | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » FBMK,UPM Terima Kunjungan Delegasi Kagawa University Jepun

FBMK,UPM Terima Kunjungan Delegasi Kagawa University Jepun

SERDANG, 26 Ogos- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan hormat daripada dua guru pengiring dan sembilan pelajar Kagawa University, Jepun menerusi kerjasama dengan Pusat Antarabangsa (i-PUTRA).

Lawatan dimulakan dengan sesi pengenalan FBMK serta pembentangan delegasi Kagawa University yang menampilkan aspek kebudayaan dan makanan tradisional Jepun. Mereka turut dibawa melawat Muzium Warisan Melayu untuk mengenali sejarah serta khazanah Melayu, sebelum berkunjung ke PUTRA FM bagi mencuba rakaman suara dan menyertai aktiviti amali.

Dalam pada itu, Program PUTRA Experience X FBMK 2025 ini akan bersambung pada Khamis dengan pelbagai aktiviti berteraskan budaya tempatan yang dijangka dapat memperkukuh kerjasama akademik dan kefahaman silang budaya antara kedua-dua institusi.

Date of Input: 26/08/2025 | Updated: 26/08/2025 | amira.rahim

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (07:28:54am-07:33:54am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]