SERDANG, 26 Ogos- Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Semakan Kurikulum Jabatan Komunikasi selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Ogos 2025 di D’Wharf Hotel & Residence, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seramai 20 ahli Jabatan Komunikasi terlibat dalam bengkel tersebut yang memberi fokus kepada semakan semula rangka kursus Bacelor Komunikasi.
Dalam pada itu, bengkel berkenaan menjadi medan penting untuk memperkukuh kurikulum pengajian agar lebih relevan dengan keperluan semasa industri komunikasi dan media, selari dengan aspirasi UPM dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi.
Date of Input: 26/08/2025 | Updated: 26/08/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia