SERDANG, 22 Ogos 2025- Warga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerlahkan bakat seni suara dan sastera melalui penyertaan dalam Pertandingan Koir dan Puisi Semarak Merdeka 2025 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).

Dalam Pertandingan Koir Merdeka Inter PTJ yang berlangsung pada 20 Ogos, kumpulan Vokalitera FBMK mempersembahkan lagu Untukmu Malaysia dengan penuh semangat patriotik, sekali gus mengangkat martabat fakultinya di pentas kebudayaan.
Sementara itu, Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka pada 21 Ogos menyaksikan pensyarah FBMK, Dr. Sharil Nizam Sha’ri, mara ke kelompok Top 10 melalui penghayatan puisinya yang menyentuh jiwa dan sarat dengan semangat kecintaan kepada tanah air.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi wadah mengasah bakat warga FBMK, malah mengukuhkan semangat kebersamaan serta menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
Date of Input: 25/08/2025 | Updated: 25/08/2025 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia