Road To Success: Bengkel SPM Bahasa Inggeris | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » Road to Success: Bengkel SPM Bahasa Inggeris

Road to Success: Bengkel SPM Bahasa Inggeris

Oleh: Ramiza Darmi

Pada 15 September 2021 Jabatan Bahasa Inggeris (JBI), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Persatuan Wanita UPM (PERMATA) telah menganjurkan satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM kertas Bahasa Inggeris dengan tema Road to Success. Program yang dirasmikan oleh Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Prof. Madya Dr Zalina Mohd Kasim ini merupakan salah satu aktiviti berbentuk komuniti bertujuan untuk mendekatkan ahli akademik dengan masyarakat. Tema Road to Success dipilih bagi memberi motivasi kepada anak-anak staf Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac 2022 nanti. Penganjuran program yang dapat memberi manfaat kepada warga UPM sememangnya menjadi satu aktiviti yang dinantikan. Menurut Pengerusi program, Dr. Ramiza Darmi, Pensyarah Kanan dari JBI, bengkel ini telah dihadiri oleh anak-anak warga UPM dengan objektifnya untuk meningkatkan peratusan lulus pelajar SPM kertas Bahasa Inggeris. Calon SPM 2021 ini adalah kumpulan pertama yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan akan menghadapi SPM pada Mac 2022. Program ini telah berjalan dengan jayanya melalui perkongsian maklumat dari Puan Marlinda binti Abd Razak yang merupakan guru dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah, Kuala Lumpur. Dengan kredibiliti dan pengalaman beliau, Puan Marlinda telah berkongsi format baharu SPM bagi subjek Bahasa Inggeris serta strategi menjawab kertas Reading, Writing  dan Speaking. Program separuh hari ini telah berlangsung menggunakan pautan aplikasi Zoom. Penganjur mengharapkan calon SPM 2021 yang hadir dalam program ini akan dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaan kertas Bahasa Inggeris SPM pada Mac 2022.


Ketua Jabatan Bahasa Ingeris


Pelajar dan Ahli Jawatankuasa

Penceramah Puan Marlinda Abd Razak

 

Date of Input: 15/09/2021 | Updated: 15/09/2021 | irfan.jamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
CULcQAl:16:51