KERIS INDAH KOLEKSI DIRAJA KERIS NUSANTARA | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» NEWS » KERIS INDAH KOLEKSI DIRAJA KERIS NUSANTARA

KERIS INDAH KOLEKSI DIRAJA KERIS NUSANTARA

Buku Baharu 2020  oleh Pensyarah FBMK

Judul : KERIS INDAH KOLEKSI DIRAJA KERIS NUSANTARA

Pengarang: Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad, FBMK UPM

Penerbit: Penerbit UPM (2020)

             

Keris adalah senjata yang dihasilkan oleh orang Melayu, penduduk asal di Alam Melayu.  Di samping digunakan sebagai senjata, keris juga adalah lambang maruah, lambang kuasa, dan pelengkap busana Melayu dalam majlis-majlis istiadat. Buku ini dihasilkan untuk memperlihatkan keindahan keris kepada para pembaca.

Justeru buku ini memfokus kepada bahagian hulu, bilah, sarung dan aksesori pada keris yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia, Sumatera, Pulau Jawa, Tanah Bugis, Wilayah Bali-Lombok dan Kalimantan. Kesemua keris yang dipaparkan dalam buku ini adalah koleksi peribadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan.

Susunan: Dr. Sharil Nizam Sha’ri

Date of Input: 24/11/2020 | Updated: 24/11/2020 | noor.aisyah

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDdXAq~