Pertandingan Pantun - Dekad Bahasa Kebangsaan 2021 | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» ACTIVITIES » Pertandingan Pantun - Dekad Bahasa Kebangsaan 2021

ACTIVITIES

Event Title
Pertandingan Pantun - Dekad Bahasa Kebangsaan 2021
Date
15 Oct 2021 - 29 Oct 2021
Time
01.00 - 01.00
Location
Facebook
Event Summary
PERTANDINGAN SEMARAK PANTUN BAHASA KEBANGSAAN UPM 2021 SEMPENA DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2021

Ayuh warga Universiti Putra Malaysia, walau di mana sahaja anda berada dan siapa sahaja anda! Kita sama-sama melahirkan rasa prihatin dan cinta akan bahasa kebangsaan melalui wadah pantun bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2021 Peringkat Universiti Putra Malaysia.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
Muat naik video atau persembahan melafazkan pantun dalam laman facebook FBMKRasmi dengan menulis maklumat berikut:
PERTANDINGAN SEMARAK PANTUN BAHASA KEBANGSAAN UPM 2021
Nama Penuh:
PTJ:
Tajuk Pantun:
#SemarakPantunDBKUPM2021

2. Tarikh Acara - 15 Oktober 2021 hingga 29 Oktober 2021. Hantaran (posting) hanya dibuat dalam tempoh ini sahaja untuk melayakkan peserta diberikan sijil oleh pihak penganjur dan penyertaan dinilai oleh juri. Tema: Bahasa Jiwa Bangsa. Pastikan hantaran dibuat dalam mod umum (public).
3. Sila daftarkan penyertaan anda dalam link yang disediakan oleh penganjur.
4. Video pantun yang dimuat naik hendaklah asli dan belum pernah disiarkan dalam mana-mana media atau acara.
5. Video persembahan pantun hendaklah mengandungi 4 rangkap pantun jenis 4 kerat dalam bahasa Melayu.
5. Pemenang ditentukan berdasarkan kualiti ciptaan pantun, persembahan terbaik dari aspek penyampaian dan pemilihan pakaian.
6. Sebanyak 20% markah diberikan berdasarkan jumlah 'like' tertinggi yang diterima oleh peserta.
7. Keputusan juri adalah muktamad.
8. Sebarang pertanyaan, whatsApp: Dr. Sharil Nizam bin Sha'ri-0172328976.

Borang Penyertaanm - http://tiny.one/pantundekad2021

Updated:: 15/10/2021 [irfan.jamil]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEaVAI~