Latar Belakang | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» JABATAN » Jabatan Bahasa Asing » Latar belakang

Latar belakang

Pengenalan

Jabatan Bahasa Asing memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa moden, selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Penekanan diberikan kepada aspek bahasa, linguistik, penterjemahan dan kesusasteraan Arab dan Cina. Kurikulum program Bacelor Sastera bahasa Arab, Cina, Perancis dan Jerman telah digubal berdasarkan konsep asas yang menyeluruh untuk menghasilkan individu yang seimbang, dan mempunyai keterampilan dalam pelbagai bahasa dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu. Selain Program Bacelor Sastera, Jabatan Bahasa Asing juga mempunyai tenaga akademik profesional yang kompeten dalam bahasa asing yang lain, seperti bahasa Tamil, Jepun dan Sepanyol.  Pensyarah jabatan juga banyak terlibat dalam jaringan industri dan komuniti yang melibatkan pihak kerajaan, swasta, badan berkanun, NGO dan masyarakat dalam dan luar negara.

 

Objektif

Jabatan Bahasa Asing ditubuhkan untuk:

  • melestarikan budaya ilmu dalam usaha mendepani alaf baharu berasaskan bahasa, kesusasteraan, komunikasi dan teknologi asing;
  • memenuhi keperluan sumber tenaga yang memahami budaya ilmu dan memupuk integrasi pada peringkat global;
  • menjana individu yang dinamik dengan keterampilan berbahasa dan komunikasi yang diperlukan untuk pasaran kerja global; dan
  • melahirkan generasi yang mampu memperoleh, menguasai dan mengaplikasikan ilmu dalam bidang bahasa, linguistik, kesusasteraan dan budaya asing.

Dalam dunia yang bergerak pantas dengan kemudahan komunikasi yang serba canggih, maka kemahiran bertutur, menulis, mendengar dan membaca dalam bahasa asing dapat memberikan nilai yang tinggi. Graduan dalam pengkhususan bahasa Arab, Cina, Perancis dan Jerman boleh merebut peluang pekerjaan di negara-negara Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, termasuk Asia Timur, seperti China, Hong Kong dan Taiwan dalam bidang pendidikan, penerbitan, penyiaran dan kewartawanan, penterjemahan, perniagaan, pelancongan, perbankan dan perhubungan awam.

 

Program yang Ditawarkan

Prasiswazah (Sepenuh Masa)

  • Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian

 

Prasiswazah (Trimester - Separuh Masa)

  • Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian

 

Pascasiswazah - Master (Secara Penyelidikan)

  • Master Sastera (Bahasa Arab)
  • Master Sastera (Kesusasteraan Cina)

 

Pascasiswazah - Doktor Falsafah (PhD)

  • Doktor Falsafah (Bahasa Arab)
  • Doktor Falsafah (Kesusasteraan Cina)

Kemaskini:: 12/10/2023 [norhidayatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXDcQAV~