Coronavirus: Simptom, Punca Dan Rawatan | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» ARTICLE » Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan

Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan

Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan

Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.

Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).

Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.

Simptom dan Tanda Novel Coronavirus

Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:

Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.

Bagaimana coronavirus berjangkit?

Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.

Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.

Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.

Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.

Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.

Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.

Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.

Ujian pengesahan

Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.

Pencegahan dan rawatan

Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.

Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:

  • Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
  • Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
  • Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
  • Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.

Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.

Rawatan

Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.

Artikel Berkaitan: Kronologi Wabak Novel Coronavirus

Rujukan:

  1. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html
  2. https://www.who.int/health-topics/coronavirus

sumber: https://thediagnosa.com/coronavirus-simptom-punca-rawatan/

Date of Input: 06/02/2020 | Updated: 06/02/2020 | zeda

MEDIA SHARING

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
C1594138955