Program Bacelor Trimester | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» AKADEMIK » Program Pra Siswazah (Program Trimester) » Program Bacelor Trimester

Program Bacelor Trimester

 PENGENALAN

  • Mula ditawarkan sejak 1998
  • Program pengajian yang mendapat pengiktirafan MQA
  • Program pengajian untuk golongan yang sudah bekerja dan bakal pelajar yang layak tetapi tidak dapat menyambung pengajian secara sepenuh masa di universiti awam
  • Mod pengajian: Separuh masa (kuliah hujung minggu)
  • Kuliah diadakan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
  • Keperluan kredit untuk bergraduat ialah 122 (jumlah kredit berbeza mengikut program)
  • Pelajar perlu mendaftar 9-15 kredit bagi satu trimester
  • Program ini menggunakan sistem trimester; Sistem semester diadakan 3 kali setahun
  • Tempoh setiap tahun akademik adalah seperti berikut:

 

Trimester

Kuliah

Peperiksaan

Cuti

Pertama

14 minggu

1 minggu

2  minggu

Kedua

14 minggu

1 minggu

2  minggu

Ketiga

14 minggu

1 minggu

3  minggu

 

Kuliah (14 minggu x 9 jam purata) *Tertakluk pada pindaan semasa

 

PROGRAM PENGAJIAN

Program

Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian

Bacelor Sastera Bahasa Inggeris dan Linguistik dengan Kepujian

Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian

Bacelor Komunikasi dengan Kepujian

Waktu Kuliah

Hari minggu

Hari minggu

Hari minggu

Hari minggu

Kekerapan

Setiap minggu

(1-14)

Setiap minggu

(1-14)

Setiap minggu

(1-14)

Setiap minggu

(1-14)

 

Tugasan, perbincangan dan dialog antara pelajar dengan pensyarah akan dilaksanakan melalui emel, papan buletin dan perisian lain yang bersesuaian. Kuliah/tutorial dan amali akan dilaksanakan di Kampus Serdang, Universiti Putra Malaysia.

 

Nota: Penjenamaan semula nama program kepada Program Bacelor Trimester Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berkuatkuasa pada 1 November 2022.

Kemaskini:: 14/09/2023 [amira.rahim]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SWMKCA~