Sejarah | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» PERIHAL KAMI » Maklumat Korporat » Sejarah

Sejarah

Asas penubuhan FBMK dapat dilacak sejak wujudnya Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris di Kolej Pertanian Malaya berikutan penguatkuasaan Akta Bahasa 1967. Pada 1971, kedua-dua bahagian ini digabungkan dan dinamakan Bahagian Bahasa yang mengandungi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Bahagian ini telah dinaikkan tarafnya menjadi Jabatan Bahasa pada 1972, dan diletakkan di bawah Fakulti Pertanian.

 

Pada 15 Januari 1975, Jabatan Bahasa dipindahkan ke Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada 4 Januari 1995, Jabatan Bahasa telah dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Bahasa. Pada 1 Januari 1999, Jabatan Komunikasi Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya Jabatan Komunikasi. Dengan pemindahan ini juga, Fakulti Pengajian Bahasa diberi nama baharu, iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).

 

Kini, FBMK mempunyai empat jabatan , iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Asing, dan Jabatan Komunikasi. Jabatan Bahasa Melayu mengendalikan kursus bahasa dan linguistik Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Jabatan Bahasa Inggeris pula mengendalikan kursus bahasa Inggeris dan kesusasteraan Inggeris. Manakala Jabatan Bahasa Asing mengendalikan kursus bahasa asing seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman, bahasa Tamil. Jabatan Bahasa Asing juga mengendalikan Kursus Bahasa Arab Kesusasteraan Cina. Jabatan Komunikasi mengendalikan kursus komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartanan dan penyiaran.

 

Selain itu, FBMK juga membantu Sekolah Pengajian Siswazah mengendalikan program ijazah lanjutan (Master dan Ph.D) dalam bidang bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Bahasa Arab, kesusasteraan Melayu, kesusasteraan Inggeris, kesusasteraan Cina dan komunikasi korporat. FBMK juga mengendalikan program bacelor trimester secara separuh masa, dan membantu UPM Education & Training Sdn Bhd mengendalikan program pengajian secara pendidikan jarak jauh (PJJ).

Kemaskini:: 12/10/2023 [norhidayatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEPXAX~