Aluan Dekan | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» PERIHAL KAMI » Dari Meja Dekan » Aluan Dekan

Aluan Dekan



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberikan kesempatan untuk saya menitipkan kata alu-aluan pada laman sesawang Fakulti  Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat untuk mengemaskinikan laman ini, sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini fakulti.

Bagi pihak fakulti, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melawat laman sesawang ini. Laman ini disediakan sebagai wahana terbaik untuk kami menyampaikan maklumat dan aktiviti terkini fakulti sebanyak mungkin kepada khalayak.  Justeru,  semua teras utama fakulti,  iaitu pengajaran, penyelidikan dan inovasi, serta aktiviti pengembangan dan perkhidmatan profesional, kami sebar luaskan, untuk membolehkan masyarakat mengetahui peranan dan sumbangan fakulti dalam usaha meningkatkan tahap kecemerlangan, sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Laman ini  juga berfungsi sebagai platform interaktif dalam usaha kami memasyarakatkan fakulti ini, sesuai dengan aspirasi universiti untuk menjalin hubungan erat seluas mungkin dengan institusi masyarakat dan industri.

Laman sesawang ini turut disasarkan untuk menampilkan kemeriahan fakulti, dalam usahanya menjanakan graduat yang berpengetahuan, dan berketerampilan tinggi dalam ilmu kebahasaan, kesusasteraan serta komunikasi.  Graduan kami dilatih untuk menjadi adiwira di medan  risiko, pencipta inovasi,  dan pencipta peluang dalam ruang profesionalisme masing-masing. Dalam erti kata lain, mereka dilatih untuk bermandiri, berilmu, berprestasi tinggi, dan mampu untuk mengubah atau mewujudkan nilai profesionalisme.

Kami mengalu-alukan anda untuk melayari laman sesawang  fakulti ini untuk mengetahui bidang pengajaran, aktiviti penyelidikan dan inovasi, serta program pengembangan dan perkhidmatan profesionalisme yang terbuka kepada semua pihak, sama ada pelajar, staf ataupun khalayak. Kesampingkan segala keraguan, dengan menghubungi kami apabila anda mengingini maklumat yang lebih lanjut dan sahih.

Sebagai pengakhir kata, kami berharap agar maklumat yang disebarkan di sini menaburkan nilai yang lebih besar dan bermanfaat kepada semua pelawat kami.


Selamat melayari laman sesawang FBMK.

 

PROF. MADYA DR. HAZLINA ABDUL HALIM

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

 

 

Kemaskini:: 12/10/2023 [norhidayatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEQAAM~