Program CEO@FBMK | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» JARINGAN » Jaringan Industri dan Masyarakat » Program CEO@FBMK

Program CEO@FBMK

 

 

 

Lantikan CEO bagi program CEO@FBMK telah pun disempurnakan dengan melantik  En. Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) bagi tempoh lantikan selama 2 tahun (1 November 2021 – 30 Oktober 2023).

 

Latar Belakang Program

  1. Program ini menghimpunkan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) serta peneraju industri tempatan dan antarabangsa ke universiti di Malaysia bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar dan warga universiti.
  2. Program ini akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang akan dilantik sebagai CEO@PTJ yang akan memberikan komitmen dan bimbingan kepada pelajar, pensyarah dan penyelidik UPM.
  3. Mereka juga akan membantu dalam hal-hal seperti pengembangan kurikulum untuk memastikan kesesuaian pembelajaran dan kriteria adalah mengikut acuan industri.
  4. Program ini dijangka akan merapatkan jurang institusi swasta dan awam sekaligus memperkukuhkan hubungan industri dan akademia.

Objektif Utama

  1. CEO menjadi ikon kepada pelajar dan fakulti;
  2. Membangunkan integrasi dan sinergi kerjasama di antara pakar dari industri dengan penyelidik dan pelajar di Universiti;
  3. Meningkatkan pendedahan industri kepada pelajar dan warga fakulti;
  4. Merekrut dan membangun bakat terbaik terutama dalam kalangan pelajar untuk pengamal industri dengan menunjukkan laluan kerjaya pelbagai balapan:
  5. Meningkatkan visibiliti bagi kolaborasi kerjasama di antara industri dan Universiti.

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 20/09/2023 [adilatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SWMKCAZ~