Pengenalan
Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah ditubuhkan pada 2 Mei 1979. Ia memberi tumpuan kepada penghasilan pengamal komunikasi yang memiliki pengetahuan dan keterampilan dalam bidang komunikasi. Semua aspek ini dipaparkan melalui proses pengajaran, pembangunan, penyelidikan dan juga perundingan. Bagi mencapai tujuan ini, pihak fakulti telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk makmal penyiaran, makmal pidato, makmal kewartawanan dan juga makmal fotografi.
Kurikulum program Bacelor Sastera, dan kemasukan Latihan Industri sebagai salah satu kursus teras, dibangunkan berikutan konsep menyeluruh dalam usaha untuk menghasilkan graduan yang berilmu dan berkemahiran. Selain daripada itu, penawaran program Master secara penyelidikan, secara kerja kursus dan Doktor Falsafah (PhD) diperkenalkan untuk melahirkan cendekiawan yang berfikiran kritis dan berdaya saing.
Objektif
Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan komunikasi seperti Komunikasi Korporat, Komunikasi Kemanusiaan, Penyiaran dan juga Kewartawanan. Penghasilan graduan yang bertanggungjawab serta berkeupayaan untuk meningkatkan kebolehan diri dalam berkomunikasi serta dapat melaksanakan tugas dalam alam pekerjaan dengan lebih berkesan dan berdaya saing.
Program yang Ditawarkan
Prasiswazah (Sepenuh Masa)
Prasiswazah (Trimester - Separuh Masa)
Pascasiswazah - Master (Secara Penyelidikan)
Pascasiswazah - Master (Secara Kerja Kursus)
Pascasiswazah - Doktor Falsafah (PhD)
Updated:: 12/10/2023 [norhidayatul]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia