Latar Belakang | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» JABATAN » Jabatan Komunikasi » Latar belakang

Latar belakang

Pengenalan

Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah ditubuhkan pada 2 Mei 1979. Jabatan ini memberikan tumpuan kepada penghasilan pengamal komunikasi yang memiliki pengetahuan dan keterampilan dalam bidang komunikasi. Semua aspek ini dipaparkan melalui proses pengajaran, pembangunan, penyelidikan dan juga perundingan. Untuk mencapai tujuan ini, pihak fakulti telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk makmal penyiaran, makmal pidato, makmal kewartawanan dan juga makmal fotografi.

Kurikulum program Bacelor Sastera, dan kemasukan Latihan Industri sebagai salah satu kursus teras, dibangunkan berikutan konsep menyeluruh dalam usaha untuk menghasilkan graduan yang berilmu dan berkemahiran. Selain itu, penawaran program Master secara penyelidikan, secara kerja kursus dan Doktor Falsafah (PhD) diperkenalkan untuk melahirkan cendekiawan yang berfikiran kritis dan berdaya saing.

 

Objektif

Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan komunikasi, seperti komunikasi korporat, komunikasi kemanusiaan, penyiaran dan juga kewartawanan. Penghasilan graduan yang bertanggungjawab serta berkeupayaan untuk meningkatkan kebolehan diri dalam berkomunikasi serta dapat melaksanakan tugas dalam alam pekerjaan dengan lebih berkesan dan berdaya saing.

 

Program yang Ditawarkan

Prasiswazah (Sepenuh Masa)

  • Bacelor Komunikasi dengan Kepujian

 

Prasiswazah (Trimester - Separuh Masa)

  • Bacelor Komunikasi dengan Kepujian

 

Pascasiswazah - Master (Secara Penyelidikan)

  • Master Sains (Teknologi Komunikasi)
  • Master Sains (Kewartawanan)
  • Master Sains (Komunikasi Kemanusiaan)
  • Master Sains (Komunikasi Pembangunan)
  • Master Sains (Komunikasi Keorganisasian)

 

Pascasiswazah - Master (Secara Kerja Kursus)

  • Master Komunikasi Korporat

 

Pascasiswazah - Doktor Falsafah (PhD)

  • Doktor Falsafah (Komunikasi Kemanusiaan)
  • Doktor Falsafah (Komunikasi Massa)
  • Doktor Falsafah (Komunikasi Korporat)

Kemaskini:: 12/10/2023 [norhidayatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXETRAZ~