Pengenalan
Jabatan Bahasa Inggeris memberi tumpuan kepada pembangunan Bahasa Inggeris dari aspek linguistik dan sastera. Semua aspek-aspek ini dipaparkan melalui proses pengajaran, pembangunan, penyelidikan, penerbitan dan perundingan.
Kurikulum program Bacelor Sastera dengan kepujian, dan Latihan Industri sebagai salah satu kursus teras, dibangunkan mengikut konsep menyeluruh dalam usaha untuk menghasilkan individu seimbang yang mahir dan berilmu dalam pelbagai bidang.
Objektif
Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan linguistik, linguistik gunaan, dan sastera. Ia juga bertujuan untuk membangunkan pemikiran kritis dan kreatif merentasi disiplin.
Program yang Ditawarkan
Prasiswazah (Sepenuh Masa)
Prasiswazah (Trimester - Separuh Masa)
Pascasiswazah - Master (Secara Penyelidikan)
Pascasiswazah - Master (Secara Kerja Kursus)
Pascasiswazah - Doktor Falsafah (PhD)
Updated:: 12/10/2023 [norhidayatul]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia