Latar Belakang | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» JABATAN » Jabatan Bahasa Inggeris » Latar belakang

Latar belakang

Pengenalan

Jabatan Bahasa Inggeris memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa Inggeris dari aspek linguistik dan sastera. Semua aspek ini dipaparkan melalui proses pengajaran, pembangunan, penyelidikan, penerbitan dan perundingan.

Kurikulum program Bacelor Sastera dengan kepujian, dan Latihan Industri sebagai salah satu kursus teras, dibangunkan mengikut konsep menyeluruh dalam usaha untuk menghasilkan individu seimbang yang mahir dan berilmu dalam pelbagai bidang.

 

Objektif

Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan linguistik, linguistik gunaan, dan sastera, serta membangunkan pemikiran kritis dan kreatif merentasi disiplin.

 

Program yang Ditawarkan

Prasiswazah (Sepenuh Masa)

  • Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
  • Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian

 

Prasiswazah (Trimester - Separuh Masa)

  • Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian

 

Pascasiswazah - Master (Secara Penyelidikan)

  • Master Sastera (Bahasa Inggeris)
  • Master Sastera (Kesusasteraan Inggeris)

 

Pascasiswazah - Master (Secara Kerja Kursus)

  • Master Linguistik Gunaan
  • Master Kesusasteraan Dunia

 

Pascasiswazah - Doktor Falsafah (PhD)

  • Doktor Falsafah (Bahasa Inggeris)
  • Doktor Falsafah (Kesusasteraan Inggeris)

Kemaskini:: 12/10/2023 [norhidayatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXETUAl~