| FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
senarai pengumuman terkini

Borang permohonan perlu dihantar pada setiap hujung bulan kepada Mohd Saifuddin Md Rasul (Tel. No.:  8946 8929) di bilik jaminan kualiti (ISO)

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad telah dilanjutkan pelantikan sebagai dekan FBMK bermula 1 November 2017 sehingga 31 Oktober 2018.

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud telah dilanjutkan pelantikan sebagai Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar (TDAP) , FBMK. Pelantikan ini bermula 16 Disember 2017 hingga 15 Disember 2018.

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Rosli Talif telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berkuasa 1 November 2017 sehingga 31 Oktober 2020.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA

PROF. MADYA DR. HAMISAH HASAN  (JABATAN KOMUNIKASI)

PROF. MADYA DR. CHAN MEI YUIT (JABATAN BAHASA INGGERIS)

Staf Baharu Fakulti
Oktober - November 2017

Dr. Julia Wirza  binti Zawawi, Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi

Dr. Norliana binti Hashim, Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi

Dr. Ikhlas Abdul Hadi, Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Inggeris

Encik Khairul Idham Abdul Khaiyom, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Seksyen Siswazah dan Antarabangsa

Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Public Event -- Presentation of Media Literacy (MEDLIT) Network and MOOC, sempena mesyuarat Media Literacy Network & Sustainability bagi projek International Media Studies: Media Literacy as a Media Competence Programme for Social Change. Projek ini dilaksanakan di bawah geran program Erasmus+ European Union. Dengan projek ini, MEDLIT Networkwork dibentuk, dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menghasilkan Media Literacy for Social Change MOOC untuk Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda dijemput menghadiri Public Event -- Presentation of Media Literacy (MEDLIT) Network and MOOC  pada 5 Disember 2017, di Dewan Zaaba bermula jam 9 pagi.

 

Staf Baharu Fakulti
Disember 2017 - Januari 2018 

Cik Nur Fazliana binti Abdul Rahman
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 
Pejabat Ketua Jabatan Bahasa Inggeris

Cik Nur Izema Ashikin Binti Zulkifli
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Seksyen Siswazah dan Antarabangsa

KENYATAAN RASMI NOTIS PENANGGUHAN BICARA ILMU SENI BINA TRADISIONAL MELAYU: FALSAFAH, ESTETIKA DAN SAINS MUZIUM WARISAN MELAYU, FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNKASI UPM PADA 19 MAC 2020 DITANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK.

webupm/upload/dokumen/20200317153633Notis_penangguhan_Bicara_terkini.pdf

KALENDAR AKADEMIK SEMESTER KEDUA 2019/2020 PROGRAM BACELOR (KECUALI DOKTOR PERUBATAN) DAN PROGRAM PASCASISWAZAH

PROCEDURE TO RENEW VISA FOR INTERNATIONAL STUDENT

1. Please fill the form through the link:

webupm/upload/dokumen/20201223125137FORM.docx

   and refer to this example of form:

webupm/upload/dokumen/20201223125054EXAMPLE_FORM.docx

2. Do attach your previous result semester 2 2019/2020 

3. Submit the form through email to aliaamiraabdrahim@gmail.com

Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian (Mod Eksekutif)

Peluang keemasan untuk menyambung pengajian di UPM dalam bidang Bahasa Arab.

Terbuka kepada:
• Mahasiswa Malaysia yang pengajiannya di luar negara terjejas, khususnya di Timur Tengah akibat COVID-19.
• Individu yang berkelayakan tetapi tidak berpeluang mengikuti pengajian sepenuh masa.

Keistimewaan:
• Peluang mendapat Bacelor Sastera Bahasa Arab daripada salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia (Tempat ke-10 universiti muda terbaik di dunia bawah 50 tahun).
• Dibimbing oleh pensyarah yang berpengalaman.
• Bekerja sambil belajar.
• Pilihan kuliah pada hujung minggu atau sebelah malam.
• Yuran yang kompetitif dan mampu dibayar.
• Peluang mendapatkan pinjaman Pendidikan.
• Program pengajian selama 3 tahun setengah (10 semester).
• Peluang untuk pemindahan kredit kursus tertakluk pada peraturan MQA.
• Menikmati kemudahan pembelajaran setaraf dengan pelajar sepenuh masa .

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja.

Mohon segera bagi kemasukan November 2020. Sila layari pautan yang berikut:
https://smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpApplicantLocalSetup?entity_applied=SMP-EXEC

Untuk maklumat lanjut program eksekutif di UPM, sila layari pautan yang berikut:
https://fbmk.upm.edu.my/akademik/pra_siswazah_separuh_masa_eksekutif-5556

Untuk menghubungi penyelaras, sila klik pautan Whatsapp yang berikut: https://wa.me/601159596809
Call: 01159596809 (Dr. Zul)

Perhatian kepada semua pelajar prasiswazah dan siswazah, sama ada berada dalam kampus atau luar kampus, kesemua kuliah akan dijalankan secara maya atau dalam talian sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.

Perhatian kepada pelajar Ijazah, sebarang permasalahan boleh hubungi melalui emel kepada:

Prof. Madya Adi Yasran bin Abdul Aziz
Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FBMK
Emel : adi@upm.edu.my

           atau

Puan Azarizam binti Ali
Penolong Pendaftar Kanan
Emel : azarizam@upm.edu.my

Perhatian kepada pelajar Siswazah, sebarang permasalahan boleh hubungi melalui emel kepada:

Prof Madya Dr. Siti Zobidah Omar
Timbalan Dekan Siswazah dan Antarabangsa
Emel : zobidah@upm.edu.my

      atau

Puan Nor Shazwani Izyan binti Ayub
Penolong Pendaftar
Emel: shazwaniayub@upm.edu.my

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
B1611346097