Pengenalan
Jabatan Bahasa Melayu memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa Melayu dari aspek kemahiran bahasa, tatabahasa, dan linguistik. Dalam bidang Kesusasteraan Melayu, tumpuan diberikan kepada penjenisan, kritikan dan penghasilan karya kreatif. Selain itu, Jabatan juga turut memberikan tumpuan kepada kebudayaan Melayu. Semua aspek ini diketengahkan melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan, pengembangan dan perundingan. Jabatan ini juga memberikan perhatian kepada aspek terjemahan dan penulisan kerana kedua-duanya kian jelas keperluannya dalam konteks pembangunan negara pada masa hadapan.
Penyusunan dan pengintegrasian aspek dan bidang tumpuan ini adalah selaras dengan konsep dan matlamat pendekatan bersepadu dan kajian bahasa yang menyatukan aspek linguistik, kesusasteraan, dan kebudayaan sebagai wadah pembentukan tamadun. Tumpuan seperti ini juga dilagang secara bersama untuk memastikan bahawa disiplin ilmu akan dapat berkembang dengan luas dan terancang. Selain itu, penubuhan jabatan ini juga mengambil kira perancangan program baharu pada masa akan datang agar pewujudannya dapat memberikan sumbangan yang berkesan dan bermakna untuk memenuhi aspirasi rakyat dan keperluan negara.
Objektif
Program yang Ditawarkan
Prasiswazah (Sepenuh Masa)
Prasiswazah (Trimester – Separuh Masa)
Pascasiswazah – Master (Secara Penyelidikan)
Pascasiswazah – Master (Secara Kerja Kursus)
Pascasiswazah – Doktor Falsafah (PhD)
Kemaskini:: 12/10/2023 [norhidayatul]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia