Pelantikan Semula Dekan Dan Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Pelantikan Semula Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

Pelantikan Semula Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

UPM Serdang, 16 Februari 2024 - Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan semula beberapa individu penting dalam Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pelantikan tersebut bertujuan untuk terus memperkasakan pengurusan fakulti tersebut serta meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan. YBhg. Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim telah dilantik semula sebagai Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi untuk tempoh tiga (3) tahun bermula dari 1 Februari 2024 hingga 31 Januari 2027. Selain itu, beberapa individu juga telah dilantik semula sebagai Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi untuk tempoh yang sama iaitu tiga (3) tahun bermula dari 15 Februari 2024 hingga 14 Februari 2027. Mereka adalah seperti berikut:

1. Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz - Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar
2. Prof. Madya Dr. Zalina Mohd Kasim - Timbalan Dekan Siswazah dan Antarabangsa
3. Prof. Madya Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali - Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Masyarakat

Pelantikan semula individu-individu ini diharapkan akan memberi dorongan baru dalam pengurusan fakulti serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan penyelidikan di UPM. UPM turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua individu yang dilantik atas komitmen mereka terhadap pengembangan akademik dan kecemerlangan fakulti.

Tarikh Input: 16/02/2024 | Kemaskini: 16/02/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEcBAa~