UPM SERDANG, 19 APRIL 2024 - Sebuah sesi perkongsian diadakan di FBMK, UPM bersama Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIPOL) Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, Indonesia. Tujuan dari sesi ini adalah untuk mempromosikan dan menawarkan Semester Pendek Pelajar Antarabangsa bagi sesi 2024 kepada pelajar-pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
Program tersebut dihadiri oleh 9 wakil dari UGM dan 41 pelajar dekan dari Jabatan Bahasa Asing, Jabatan Bahasa Melayu, dan Jabatan Komunikasi. Ketua delegasi UGM, Esther Evelyn Simamora, didampingi oleh Yulida Nuraini Santoso, yang turut berperanan dalam menjayakan program ini dengan menyediakan sesi perbincangan bersama FBMK UPM.
Sesi perkongsian ini bertujuan untuk mempromosi pertukaran pelajar antara kedua universiti serta memperluas kesempatan belajar dan pengalaman lintas budaya bagi mahasiswa. Melalui inisiatif ini, diharapkan kerjasama antara UGM dan UPM dapat ditingkatkan dalam bidang pendidikan dan akademik.
Tarikh Input: 19/04/2024 | Kemaskini: 19/04/2024 | amira.rahim
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia