Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah memperolehi keputusan purata markah keseluruhan bagi Penilaian Audit Dalaman EKSA sebanyak 96.31%. Sesi audit yang telah dilaksanakan pada 29 Januari 2024 ini telah dinilai oleh auditor Puan Norhaslinda Noruddin (Pegawai Sains, Fakulti Sains) dan auditor Puan Nor Hidayah Husain (Penolong Pegawai Sains, Fakulti Sains).
Keputusan ini tidak dapat dicapai tanpa komitmen dan sokongan yang padu daripada kumpulan pelaksana, kumpulan ahli akademik dan ahli pengurusan FBMK. Terima kasih dan tahniah FBMK!
Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | norhidayatul
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia