UPM Acknowledge OKU Through Prihatin Kasih Program | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» ACTIVITIES » Unit Agroteknologi

Event Title
UPM Acknowledge OKU Through Prihatin Kasih Program
Date
14 May 2024 - 14 May 2024
Time
08.00 - 12.00
Location
ZA'BA HALL FBMK
Event Summary
Pada 14 Mei 2024, Universiti Putra Mlaysia (UPM) menerusi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah menganjurkan Program Prihatin Kasih OKU sebagai usaha memperjuangkan kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di Dewan Za'ba, FBMK. Pengarah program, Nursyafiqah Ahmad Tarmizi yang merupakan pelajar semester empat, Bacelor sastera bahasa dan linguistik melayu berkata program ini bertujuan untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang inklusif dan mesra OKU di dalam kampus. “FBMK merupakan fakulti yang mempunyai ramai pelajar golongan OKU di UPM iaitu seramai 26 orang. Oleh itu, kita jalankan program ini di FBMK sebagai langkah ke arah memperkasa golongan OKU dan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan,” katanya. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung ialah perkongsian berkenaan OKU serta cabaran mereka, persembahan daripada mahasiswa OKU dan simulasi OKU penglihatan. Sementara itu, penasihat program Dr. Mastura Mahamed berkata FBMK telah mengambil langkah proaktif dengan mempertingkatkan kemudahan mesra OKU seperti laluan khas ke bilik kuliah, tandas mesra OKU. Selain itu, kemudahan seperti tempat letak kereta khas OKU dan laluan khusus seperti tactile di blok-blok akademik juga telah dipasang serta sedang dalam proses membina sistem sentuhan bagi memudahkan pembelajaran buat OKU penglihatan. “Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan semua pelajar mendapat hak, peluang, dan akses yang sama tanpa mengira kekurangan fizikal. Kami mahu memastikan semua pelajar, termasuk golongan OKU, berpeluang cemerlang dalam akademik. Diharapkan usaha berterusan ini akan memberikan impak positif bukan sahaja kepada pelajar OKU tetapi juga kepada seluruh komuniti universiti, menuju ke arah masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif,” katanya. -UPM

Updated:: 17/09/2024 [amira.rahim]

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (06:08:36pm-06:13:36pm, 28 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]