Event Title
The Unlock Your Digital Future Program with GoFluence & Erul Samah
Date
13 Jun 2024 - 13 Jun 2024
Event Summary
Program “Unlock Your Digital Future” telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Za'ba FBMK, yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, FALCOMM UPM dengan kerjasama MDEC dan GoFluence pada 13 Jun 2024.
Program ini disampaikan oleh panel jemputan, Puan Liza Manaf, Ketua Strategik Jalinan GoFluence serta pempengaruh yang dikenali sebagai Raja Komen, Erul Samah. Pelbagai tips telah dikongsikan terutamanya bagaimana untuk berjaya dalam menjadi pencipta kandungan dalam ruang digital.
Terima kasih diucapkan kepada panel dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat untuk memperkasakan portfolio para pelajar.
Updated:: 18/09/2024 [amira.rahim]