Event Title
The Multilingual Mind Summer School 2024
Date
14 Aug 2024 - 15 Aug 2024
Event Summary
The Multilingual Mind Summer School 2024 anjuran Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, telah mengumpulkan para sarjana, pendidik, dan pelajar untuk meneroka topik bertemakan “Research on Bilingualism and Multilingualism: Issues, Trends, and Opportunities” yang telah diadakan pada 14 Ogos dan 15 Ogos 2024 bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
Sepanjang dua hari ini, para peserta telah terlibat dalam sesi yang membincangkan pelbagai topik termasuk peralihan kod, translanguaging, dan aspek kognitif dwibahasa.
Hari pertama menampilkan perbincangan mengenai peralihan kod, translanguaging dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, serta bengkel praktikal menggunakan PsychoPy dan LexMal untuk penyelidikan psikolinguistik.
Manakala pada hari kedua, membincangkan tentang kepelbagaian dalam translanguaging, kesan dwibahasa terhadap fungsi eksekutif, serta peranan literasi digital dalam pendidikan pelbagai bahasa.
Ribuan terima kasih kepada barisan penceramah jemputan dan tetamu jemputan yang telah memeriahkan program ini. Para peserta pulang dengan pengetahuan baharu, hubungan baru, dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai bidang dwibahasa dan kepelbagaian aspek bahasa yang dinamik.

Updated:: 18/09/2024 [amira.rahim]