Event Title
The Faculty of Modern Languages and Communication promotes green sustainability with EKSA DAY
Date
12 Jul 2024 - 12 Jul 2024
Location
FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Event Summary
Pada 12 Julai 2024, program EKSA DAY telah diadakan bagi menyokong agenda keterjaminan makanan yang diusahakan oleh UPM. Aktiviti ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi kriteria penilaian EKSA yang dikendalikan oleh Encik Mohd Husaini Amir Nik, Penolong Pendaftar Unit Akademik dan Pelajar, FBMK manakala sesi kedua aktiviti ini adalah aktiviti penanaman melibatkan kaedah semaian, tanaman dan pembajaan pokok sayur-sayuran.
Agenda ini telah disambut baik oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM kerana pihak UCTC turut bersama-sama menyertai sesi ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Mahani Amat atas kesudian memberikan perkongsian mengenai proses penanaman pokok serta cara penjagaan yang betul.
Terima kasih juga diucapkan buat seluruh warga FBMK yang terlibat dalam aktiviti EKSA DAY ini.
Updated:: 18/09/2024 [amira.rahim]