Semarak Merdeka 2024 UPM Appreciation Ceremony | FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
» ACTIVITIES » SHW3202 Non Ruminant Production Learning Outcome Handling of products from pigs and poultry industry

Event Title
Semarak Merdeka 2024 UPM Appreciation Ceremony
Date
29 Aug 2024 - 29 Aug 2024
Time
10.00 - 12.00
Location
SERI AMAR ROOM
Event Summary
Sempena kemenangan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dalam Pertandingan Semarak Merdeka 2024 UPM yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), sebuah Majlis Apresiasi telah diadakan pada 29 Ogos 2024 di Bilik Seri Amar, FBMK. Majlis Apresiasi ini diadakan bagi meraikan dan menghargai komitmen serta kerjasama staf FBMK yang membanting tulang untuk membawa kejayaan yang boleh dibanggakan oleh seluruh warga fakulti. Gelaran Johan telah berjaya dirangkul bukan sahaja bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ, malah, dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik Keseluruhan Pertandingan Semarak Merdeka UPM 2024. Tidak dilupakan juga naib johan bagi pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ telah dimenangi oleh Suhairey Shah Mashara yang merupakan staf FBMK. Turut menghadiri majlis, Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, berasa bangga dan berpuas hati dengan komitmen yang diberikan sepanjang Pertandingan Semarak Merdeka 2024 UPM diadakan dari 13 Ogos hingga 21 Ogos yang lalu. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan atas usaha yang dicurahkan!

Updated:: 18/09/2024 [amira.rahim]

FACULTY OF MODERN LANGUAGES AND COMMUNICATION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (07:02:45am-07:07:45am, 02 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]