Event Title
Prihatin Kasih OKU 2.0 Programme
Date
06 Jan 2025 - 06 Jan 2025
Location
ZA'BA AUDITORIUM
Event Summary
Program Prihatin Kasih OKU (PIKO) 2.0 : Bersama Melangkah Tanpa Sempadan adalah sebuah inisiatif menyantuni komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dianjurkan oleh Sekretariat Kebajikan dan Kerohanian (SEBANI), Majlis Perwakilan Fakulti, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FALCOMM) sesi 2024/2025. 👐✨
Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Januari 2025 Isnin semalam di Auditorium Za'ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang.
Program ini mendapat kerjasama erat daripada Kelab Sukarelawan Cakna OKU, UKM, Persatuan Mahasiswa OKU, UPM, WAZAN, dan BHEP, serta dirasmikan oleh Dekan FBMK, Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim. 🎉👏
💡Antara aktiviti menarik sepanjang program adalah sesi perkongsian oleh Dr. Wan Arnidawati, slot interaktif “How to communicate through sign language”🖐️ dari pelajar UKM dan perkongsian pengalaman bersama Persatuan Mahasiswa OKU, UPM.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen bagi menjayakan program ini.

Updated:: 13/02/2025 [amira.rahim]