Event Title
Intellectual Property Clinic 2024
Date
20 Aug 2024 - 20 Aug 2024
Event Summary
Dimaklumkan bahawa Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia akan menjalankan program Klinik Harta Intelek 2024. Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada Taklimat Harta Intelek 2024 yang telah dijalankan pada awal tahun 2024.
Klinik ini bertujuan untuk menyediakan platform yang sesuai bagi memberikan pengetahuan asas mengenai harta intelek termasuk hak cipta (copyright), Industrial design, trademark, trade secret dan paten dalam penyelidikan (akademik).
Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke program tersebut yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 20 Ogos 2024 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Wisata Minda, FBMK
Mohon jasa baik dan kerjasama YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi pautan pendaftaran di bawah selewatnya 19 Ogos 2024 bagi penyediaan makanan dan logistik yang berkaitan.
Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/K3JPmYti2V2T28qY6
* Mata latihan (CPD) akan diberikan kepada peserta yang hadir
Pihak kami juga memohon peserta digalakkan untuk membawa (sekiranya ada):
1. Deraf harta intelek (copyright, paten dsb) yang telah dihasilkan; dan
2. Komputer riba masing-masing
Ini bagi memudahkan penyelidik memuat turun dan mengisi maklumat ke dalam sistem UPMIP.
Segala perhatian dari YBhg. Prof./Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
.png)
Updated:: 14/11/2024 [amira.rahim]