Event Title
𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 (𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟔):
Date
19 Dec 2023 - 19 Dec 2023
Event Summary
Wacana Komunikasi bulan Disember anjuran Jabatan Komunikasi telah selesai menjayakan satu sesi perkongsian bersama para akademik dan pakar industri bertemakan “Trends and Challenges in Leadership Roles in Public Relations, Marketing Communication and Advertising: A Way Forward”. Antara penceramah ialah, Prof Madya. Dr. Nor Azura Adzharuddin dari Jabatan Komunikasi, FBMK, Dr. Suffian Hadi Ayub, dari Universiti Teknologi MARA, dan Pengamal Perhubungan Awam, En. Jaffri Amin, Pengarah Urusan World Communications yang dimoderatorkan oleh Prof Madya Dr. Nurul Ain Mohd Hasan. Para audiens terdiri dari kalangan para akademik dari dalam dan luar UPM, termasuk juga, pelajar siswazah dan Bacelor Komunikasi. Sesi Wacana Komunikasi Disember merupakan penutup Wacana Komunikasi 2023 yang amat menarik dan bermanfaat besar kepada semua yang hadir. Semoga Wacana Komunikasi terus memberi manfaat kepada FBMK pada tahun yang akan datang!
Updated:: 13/09/2024 [amira.rahim]