Sumbangan Putra Cakna 2.0 Kepada Rukun Tetangga Taman Sri Serdang | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Sumbangan Putra Cakna 2.0 kepada Rukun Tetangga Taman Sri Serdang

Sumbangan Putra Cakna 2.0 kepada Rukun Tetangga Taman Sri Serdang

UPM SERDANG, 5 APRIL 2024 - Dalam usaha untuk meringankan beban golongan ibu dan bapa tunggal di Taman Sri Serdang, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah memberikan sumbangan yang bernilai kepada komuniti tersebut.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, telah menyampaikan sumbangan seperti 100 kampit beras, 100 botol minyak masak, 100 paket tepung, dan 100 paket gula kepada golongan yang memerlukan. Program ini merupakan salah satu inisiatif program Putra Cakna 2.0 FBMK yang bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dalam komuniti sekitar.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Puan Saliza Mustafa, Ketua Pentadbir Fakulti, kepada Encik Amil, Pengerusi KRT Taman Sri Serdang. Program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sokongan dan perhatian daripada individu-individu yang peduli akan kebajikan komuniti sekeliling.

Kejayaan program ini menunjukkan kesungguhan dan semangat kepedulian Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat yang memerlukan, serta menegaskan komitmen mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

Tarikh Input: 05/04/2024 | Kemaskini: 05/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeWAq~