Sesi Interaksi Dan Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Sesi Interaksi dan Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Sesi Interaksi dan Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

UPM SERDANG, 5 APRIL 2024 - Bengkel Penilaian Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi suku keempat tahun 2023 Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Analisis Pelan Strategik UPM 2021-2025 telah dijalankan pada 23 Januari 2024. Oleh itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menetapkan arahan supaya setiap fakulti dapat menyusun inisiatif dan strategi yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian KPI dalam bidang penyelidikan dan inovasi bagi tempoh 2024-2025 di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Dengan itu, YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM telah mengadakan Sesi Interaksi dan Lawatan Kerja ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) untuk berkongsi inisiatif dan strategi PTJ bagi tahun 2024-2025 pada 26 Mac 2024. Lawatan kerja tersebut turut dihadiri oleh pengurusan FBMK serta para pensyarah FBMK.

Sesi interaksi dan lawatan kerja ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak pengurusan universiti dan fakulti dalam menetapkan langkah-langkah yang konkrit dan berkesan untuk mencapai objektif KPI dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Keberadaan Prof. Dr. Zamberi Sekawi dalam sesi tersebut memberikan peluang kepada staf dan pensyarah FBMK untuk berkongsi idea dan mencadangkan strategi yang sesuai bagi memastikan UPM terus berada di barisan hadapan dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Diharapkan bahawa hasil daripada sesi interaksi dan lawatan kerja ini akan memberikan dorongan yang positif kepada FBMK dan seluruh komuniti universiti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik UPM 2021-2025 serta meningkatkan prestasi penyelidikan dan inovasi UPM pada masa akan datang.

Tarikh Input: 05/04/2024 | Kemaskini: 05/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeXA0~