Program Jelajah Selatan Thai Diteruskan Dengan Program Antarabangsa Permartabatan Bahasa Melayu Dengan Mengadakan Lawatan Ke Sekolah Maahad Islam Imaniyah, Nakhon. | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Program Jelajah Selatan Thai diteruskan dengan Program Antarabangsa Permartabatan Bahasa Melayu dengan mengadakan lawatan ke Sekolah Maahad Islam Imaniyah, Nakhon.

Program Jelajah Selatan Thai diteruskan dengan Program Antarabangsa Permartabatan Bahasa Melayu dengan mengadakan lawatan ke Sekolah Maahad Islam Imaniyah, Nakhon.

27 Julai 2023 - Program Jelajah Selatan Thai diteruskan dengan Program Antarabangsa Permartabatan Bahasa Melayu dengan mengadakan lawatan ke Sekolah Maahad Islam Imaniyah, Nakhon. Program ini dijalankan bersama 50 orang pelajar Sekolah Maahad yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berusia 10 tahun. Tujuan utama lawatan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan bahasa Melayu khususnya tentang Penulisan Jawi serta Budaya Masyarakat Melayu di Malaysia. Kehadiran para peserta disambut dengan alunan al-Quran oleh guru serta bicara berirama berkaitan sekolah oleh para pelajar.
Seterusnya, setelah tamat sesi suai kenal antara para peserta dengan pelajar dari Sekolah Maahad Islam Imaniyah, program diteruskan aktiviti bersama para pelajar. Perkongsian serta permainan seperti cari kata silang, teka silang kata serta mewarna dijalankan. Bukan itu sahaja, para pelajar juga diberi peluang untuk bermain permainan tradisional masyarakat Melayu, batu seremban. Akhir sekali, makanan Malaysia turut diedarkan kepada para pelajar bagi memberi peluang kepada mereka untuk merasai kenikmatan makanan Malaysia.
 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeTAt~