Para Peserta Program Jelajah Selatan Thailand Membuat Lawatan Ke School Of Political Science And Law, Walailak University. | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Para peserta Program Jelajah Selatan Thailand membuat lawatan ke School of Political Science and Law, Walailak University.

Para peserta Program Jelajah Selatan Thailand membuat lawatan ke School of Political Science and Law, Walailak University.

25 Julai 2023 - Para peserta Program Jelajah Selatan Thailand membuat lawatan ke School of Political Science and Law, Walailak University. Sesi pagi ini dimulakan dengan tayangan video berkaitan Walailak University dan perkenalan bersama beberapa orang pensyarah serta pelajar Walailak University. Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Dekan School of Political Science and Law, Walailak University serta ucapan daripada Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM, Prof, Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz.
Sesi soal jawab dijalankan bersama para peserta program dengan para pensyarah dari School of Political Science and Law, Walailak University. Sebelum sesi perkongsian berakhir, sesi penyerahan cendera mata serta sesi bergambar dijalankan bagi kenang-kenangan. Setelah tamat sesi perkongsian, para peserta makan tengahari di Cho Pradu Food Center, Walailak University serta para peserta berkunjung ke WU. Book Center.
 
 
 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXFBAA4~