Mesyuarat Ketua Pentadbir Fakulti Bersama Pendaftar Bil. 1/2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Mesyuarat Ketua Pentadbir Fakulti Bersama Pendaftar Bil. 1/2024

Mesyuarat Ketua Pentadbir Fakulti Bersama Pendaftar Bil. 1/2024

UPM SERDANG, 2 April 2024 - Mesyuarat Ketua Pentadbir Fakulti Bersama Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2024 diadakan dengan megah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai tuan rumah.

Mesyuarat yang penting ini menyaksikan kedatangan Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, yang disambut dengan hangat oleh kumpulan pengurusan Pengurusan dan Pentadbiran (P&P) FBMK yang dipimpin oleh Ketua Pentadbiran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Puan Saliza Mustafa. Pertemuan ini adalah antara ketua pentadbir fakulti dan pendaftar bilangan satu pertama dalam tahun 2024 dan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan serta cadangan bagi pembangunan fakulti.

Selain dari urusan mesyuarat, delegasi yang hadir turut diatur untuk melawat ke stesen radio universiti, PutraFM. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk merasai suasana di dalam konti radio dan memahami pengoperasian serta aktiviti yang dijalankan di dalamnya.

Inisiatif seperti ini memperkukuhkan lagi hubungan antara pentadbiran universiti dan fakulti serta menyumbang kepada pengembangan yang lebih baik dalam bidang komunikasi dan pengurusan di UPM. Semoga usaha-usaha seperti ini terus diteruskan bagi memperkukuhkan lagi kesinambungan prestasi UPM dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Tarikh Input: 02/04/2024 | Kemaskini: 02/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeTAY~