Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UPM Dan Universitas Bunda Mulia Yang Diadakan Secara Hybrid | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan Universitas Bunda Mulia yang diadakan secara hybrid

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan Universitas Bunda Mulia yang diadakan secara hybrid

14 Ogos 2023 | INFO | - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan Universitas Bunda Mulia yang diadakan secara hybrid. Sesi tandatangani ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Sesi ini turut dihadiri YBhg. Dr. Ir. Hilarius Bambang Winarko, Dekan Fakultas Ilmu Sosial dan Humaniora, Universitas Bonda Mulia, Indonesia secara dalam talian.
Manakala Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan TV AlHijrah Media Corporation serta Consortium of Malaysian Universities (CMU) diadakan di Pejabat Naib Canselor, UPM. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. YBrs. Tuan Haji Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili AlHijrah Media Corporation dan YBhg. Datin Seri Audrey Loke mewakili Consortium of Malaysian Universities (CMU).
 
  
  
 
  

Tarikh Input: 12/09/2023 | Kemaskini: 12/09/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeSAV~