Jelajah Selatan Thailand Hari Ini Menuju Ke Pattani Untuk Mengetahui Serta Mempelajari Dengan Lebih Mendalam Tentang Masyarakat Melayu Amnya Bahasa Melayu Di Thailand. | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Jelajah Selatan Thailand hari ini menuju ke Pattani untuk mengetahui serta mempelajari dengan lebih mendalam tentang masyarakat Melayu amnya bahasa Melayu di Thailand.

Jelajah Selatan Thailand hari ini menuju ke Pattani untuk mengetahui serta mempelajari dengan lebih mendalam tentang masyarakat Melayu amnya bahasa Melayu di Thailand.

29 Julai 2023 - Jelajah Selatan Thailand hari ini menuju ke Pattani untuk mengetahui serta mempelajari dengan lebih mendalam tentang masyarakat Melayu amnya bahasa Melayu di Thailand. Para peserta berpeluang untuk melawat Masjid Sultan Muzaffar Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Kerisek oleh masyarakat di Pattani. Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua serta masjid yang pertama di Asia Tenggara yang dibangun dengan menggunakan bata merah buatan kampung Tarab Bata. Para peserta juga berpeluang untuk menunaikan solat Zohor dan Asar secara berjemaah di masjid tersebut.
 
Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Yarang Ancient City. Yarang Ancient City merupakan salah satu bandar bersejarah terbesar di Selatan Thailand dan juga dipercayai menjadi lokasi empayar "Langkasuka" pada zaman dahulu lagi. Monumen purba ini merupakan tempat keagamaan masyarakat Buddha melalui penemuan beberapa bahan purba di situ. Akhir sekali, para peserta berpeluang untuk melawat Masjid Jamek Pattani.
 
  
 
  
 
  
 
  
 
  
 
 
 
 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeUAa~