Impian Genggam PhD Sebelum Umur 30 Tahun Tercapai, Dr. Muhammad Faizul Ingin Terus Perkasa Bahasa Melayu | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Impian Genggam PhD Sebelum Umur 30 Tahun Tercapai, Dr. Muhammad Faizul Ingin Terus Perkasa Bahasa Melayu

Impian Genggam PhD Sebelum Umur 30 Tahun Tercapai, Dr. Muhammad Faizul Ingin Terus Perkasa Bahasa Melayu

SERDANG, 27 Nov – Impian menggenggam PhD. sebelum usia mencecah 30 tahun akhirnya tercapai, Dr. Muhammad Faizul Abd Hamid, 29, berjaya memperoleh PhD. dalam Pengajian Wacana di Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 Tahun 2023, ingin terus memperkasa bahasa Melayu.
 
Menurut Dr. Muhammad Faizul, bahasa Melayu ialah bahasa yang bertamadun, dan pembangunan dalam kehidupan masyarakat semuanya bermula daripada penggunaan bahasa Melayu di negara ini.
 
Dr. Muhammad Faizul banyak mengadakan seminar bahasa Melayu secara percuma untuk membantu pelajar SPM yang kurang berkemampuan di sekitar Kelantan, Sabah, Pahang dan Lembah Klang dalam penguasaan bahasa Melayu.
 
Sebagai pencinta bahasa Melayu, Dr. Muhammad Faizul turut memanfaatkan media sosial menerusi Twitter, TikTok dan Instagram miliknya sebagai platform untuk berkongsi tips dan mempromosikan kecintaan terhadap bahasa Melayu bagi menyokong usaha pemeliharaan dan pengembangan bahasa.
 
Sebagai individu yang suka berkongsi tentang ilmu bahasa Melayu, Dr. Muhammad Faizul menerima lamaran oleh sebuah syarikat produksi untuk mengendalikan program televisyen sendiri, iaitu “Geng Cakap Bahasa” yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
 
“Bahasa Melayu ialah bahasa kelima terbesar di dunia dan kita tidak seharusnya malu untuk menggunakannya.
 
Dalam pada itu, Dr. Muhammad Faizul menegaskan bahawa pelaburan ilmu adalah penting kepada masyarakat, khususnya golongan muda bukan untuk membina kerjaya semata-mata, melainkan sebagai bekal untuk menjalani kehidupan seharian dan mendepani cabaran masa hadapan.
 
“Saya sangat percaya pada ilmu. Sesiapa sahaja boleh menjadi pempengaruh, YouTuber mahupun ‘content creator’ tetapi pendidikan bakal menjadikan kita berbeza, berpengetahuan dan berkredibiliti.
 
“Jadilah golongan berpendidikan kerana golongan berpendidikan itu ‘berbeza’ dari segi komunikasinya, pemikirannya dan cara kerjanya, serta dalam menangani masalah,” katanya.
 

Tarikh Input: 04/12/2023 | Kemaskini: 04/12/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeXAN~