Hari Pertama Ujian Komunikasi Dalam Bahasa Melayu (UKOM) Sesi 2023/2024 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Hari Pertama Ujian Komunikasi dalam Bahasa Melayu (UKOM) Sesi 2023/2024

Hari Pertama Ujian Komunikasi dalam Bahasa Melayu (UKOM) Sesi 2023/2024

UPM SERDANG, 15 APRIL 2024 - Pada 30 Mac 2024, Ujian Komunikasi dalam Bahasa Melayu (UKOM) untuk Sesi Akademik 2023/2024 telah diadakan di Kompleks Akademik E, Universiti Putra Malaysia (UPM). Hampir 800 calon UKOM telah menghadiri sesi ujian mereka dengan berjaya. YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM, turut hadir untuk memantau pelaksanaan dan perjalanan UKOM pada sesi tersebut.

Pelaksanaan UKOM pada hari pertama sesi 2023/2024 ini telah disertai dengan penuh semagat dan dedikasi oleh para calon serta pihak-pihak terlibat. Para penilai dan petugas UKOM turut diberikan penghargaan atas kerjasama mereka dalam menjayakan hari pertama ujian ini.

Ujian ini merupakan salah satu langkah penting dalam menilai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu bagi calon yang terlibat. Diharapkan keputusan yang diperoleh akan mencerminkan keupayaan dan persediaan calon dalam berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

Sebagai institusi pendidikan yang bertanggungjawab, UPM terus memastikan pelaksanaan ujian dan pengukuran prestasi akademik berjalan dengan lancar demi menjamin kualiti pendidikan yang tinggi. Semoga hasil UKOM sesi ini memberikan manfaat yang positif kepada semua pihak yang terlibat.

Tarikh Input: 15/04/2024 | Kemaskini: 15/04/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeRAt~