Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (FBMK) Telah Terlibat Dalam Perbarisan Sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah terlibat dalam Perbarisan sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah terlibat dalam Perbarisan sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah terlibat dalam Perbarisan sempena Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) 2023 di Stadium UPM baru-baru ini. FBMK bersama beberapa gabungan PTJ lain seperti FPP, FRSB, FSKTM, FHAS, IDEC, INTROP dan IPSAS telah memenangi dua (2) hadiah iaitu Motto Terbaik dan Tempat ke-5 Perbarisan Keseluruhan. Majlis Perasmian Sukan Staf (SUSTAF) UPM 2023 telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.
Beliau berkata SUSTAF 2023 ini membentuk semangat kebersamaan staf UPM serta menyediakan pasukan UPM untuk menyertai sukan yang lebih besar seperti Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) pada September ini dan Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang akan diadakan pada tahun hadapan.
Dalam pada itu, sebanyak lapan gabungan telah menyertai SUSTAF 2023 bermula pada 10 Julai lalu dan akan berakhir pada 4 Ogos 2023.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | norhidayatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661
03-9769 3727
SXEeVAn~