Sejarah | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» PERIHAL KAMI » Maklumat Korporat » Sejarah

Sejarah

Asas penubuhan FBMK dapat dilacak sejak wujudnya Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris di Kolej Pertanian Malaya berikutan penguatkuasaan Akta Bahasa 1967. Pada 1971, kedua-dua bahagian ini digabungkan dan dinamakan Bahagian Bahasa yang mengandungi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Bahagian ini telah dinaikkan tarafnya menjadi Jabatan Bahasa pada 1972, dan diletakkan di bawah Fakulti Pertanian.

Pada 15 Januari 1975, Jabatan Bahasa dipindahkan ke Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada 4 Januari 1995, Jabatan Bahasa telah dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Bahasa Moden. Pada 1 Januari 1999, Jabatan Komunikasi Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya Jabatan Komunikasi. Dengan pemindahan ini juga, Fakulti Pengajian Bahasa Moden diberi nama baharu, iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia terdiri daripada empat jabatan utama, iaitu Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Asing dan Jabatan Komunikasi. FBMK menawarkan dua program utama pada peringkat prasiswazah, iaitu Program Bacelor Sastera dengan Kepujian dan Program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian (B.Comm). Program Bacelor Sastera merangkumi lapan bidang pengajian, iaitu: 

  • Bahasa dan Linguistik Melayu
  • Kesusasteraan Melayu
  • Bahasa dan Linguistik Inggeris
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Pengajian Bahasa Cina
  • Pengajian Bahasa Jerman
  • Pengajian Bahasa Perancis, dan 
  • Bahasa Arab

Sementara itu, Program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian menawarkan empat bidang kepakaran, iaitu: 

  • Komunikasi Korporat
  • Komunikasi Kemanusiaan
  • Kewartawanan, dan
  • Penyiaran

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) turut mengendalikan Program Bacelor Trimester secara sepenuh masa, yang merupakan penjenamaan semula kepada program eksekutif FBMK yang telah diperkenalkan sejak 1998. Bermula November 2024, program ini telah diperluaskan pengambilannya kepada pelajar antarabangsa untuk memenuhi keperluan pasaran global. Di samping itu, FBMK turut bekerjasama dengan UPM Education & Training Sdn. Bhd. dalam pelaksanaan program pengajian secara pendidikan jarak jauh (Open and Distance Learning, ODL/PJJ). Mulai Mac 2025, FBMK secara rasmi melaksanakan Program Bridging UPM yang direka khas untuk pelajar antarabangsa, khususnya dari China, untuk menyediakan asas akademik dan kemahiran bahasa yang kukuh sebelum mereka melanjutkan pengajian ke peringkat Bacelor di FBMK UPM.

Bagi program pascasiswazah pula, FBMK menerusi Sekolah pengajian Siswazah menawarkan program ijazah lanjutan, iaitu Doktor Falsafah (Ph.D), Master Sastera (MA) dan Master Sains (MSc) iaitu secara Penyelidikan dan Master secara Kerja Kursus. Program yang ditawarkan bagi Doktor Falsafah (Ph.D) ialah: 

  • Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu
  • Bahasa Inggeris, Kesusasteraan Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Jepun
  • Kesusasteraan Cina
  • Komunikasi Kemanusiaan
  • Komunikasi Massa
  • Komunikasi Korporat
  • Linguistik Perbandingan dan Terapan
  • Pengajian Literasi
  • Penterjemahan dan Interpretasi
  • Pengajian Wacana, dan
  • Pengajian Sastera dan Budaya

Program yang ditawarkan bagi Master Sastera (MA) dan Master Sains (MSc) secara Penyelidikan ialah: 

  • Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Jepun
  • Kesusasteraan Cina
  • Teknologi Komunikasi
  • Kewartawanan
  • Komunikasi Kemanusiaan
  • Komunikasi Pembangunan
  • Komunikasi Keorganisasian
  • Linguistik Perbandingan dan Terapan
  • Pengajian Literasi
  • Penterjemahan dan Interpretasi
  • Pengajian Wacana, dan
  • Pengajian Sastera dan Budaya

Manakala program yang ditawarkan bagi Master secara Kerja Kursus ialah: 

  • Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu
  • Linguistik Terapan
  • Kesusasteraan Dunia, dan 
  • Komunikasi Korporat



Kemaskini:: 07/07/2025 [amisya]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (05:32:00pm-05:37:00pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]