Sastera Penawar Jiwa Membentuk Insan Berempati | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI fbmk
» ARTIKEL » Sastera Penawar Jiwa Membentuk Insan Berempati

Sastera Penawar Jiwa Membentuk Insan Berempati

Kebelakangan ini, masyarakat kembali dikejutkan dengan rentetan kes buli dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan. Lebih menyayat hati apabila sebahagian daripada insiden tersebut bukan sahaja mengakibatkan kecederaan fizikal serius malah turut meragut nyawa. Peristiwa sebegini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa isu buli bukan lagi sekadar kenakalan remaja tetapi merupakan krisis kemanusiaan yang berkait rapat dengan kegagalan mengurus emosi, konflik dalaman dan tekanan psikologi.

Jika ditelusuri secara lebih mendalam, sebahagian pelaku buli mungkin berhadapan dengan permasalahan emosi yang tidak diselesaikan, pengalaman trauma, tekanan persekitaran atau ketidakupayaan mengawal kemarahan. Kegagalan mengenali serta mengurus emosi akhirnya diterjemahkan melalui tindakan agresif, sama ada dalam bentuk penderaan fizikal, verbal mahupun psikologi terhadap rakan sebaya.


Sumber Rujukan: Sastera Penawar Jiwa Membentuk Insan Berempati

Tarikh Input: 11/08/2026 | Kemaskini: 11/08/2026 | adibfikri

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (07:03:43am-07:08:43am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]