
Jika soalan "mengapa seseorang marah?", ia adalah terlalu klise untuk ditanya.
Secara amnya, kemarahan berlaku apabila kita diancam, dianiaya, dilayan secara tidak adil, ditipu, dihina, kecewa kerana tidak dapat melakukan sesuatu dan lain-lain.
Kemarahan, jika dilihat secara positif, boleh menjadi saluran untuk menyampaikan perasaan, dan (mungkin) boleh memotivasikan atau menimbulkan keberanian untuk membuat perubahan. Jika ia dicetuskan oleh sebab-sebab yang serius dan wajar, contohnya dizalimi, kemarahan juga boleh membantu mengelakkan perkara buruk berlaku kepada kita.
Sumber Rujukan: Kepimpinan dan Kemarahan
Tarikh Input: 28/06/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | amira.rahim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia