Pengenalan
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan aplikasi yang relevan dalam bidang Bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan kepada perkembangan terkini dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang Bahasa Melayu.
Syarat Kemasukan
Keperluan Program
a. Keperluan Kredit
Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 40 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif, dan projek penyelidikan, seperti yang berikut:
Kursus Wajib 21 kredit
Kursus Elektif 12 kredit
Disertasi Penyelidikan 6 kredit
Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit
Jumlah 40 kredit
Senarai Kursus
i. Kursus Wajib (21 kredit)
BBM5104 Linguistik Perbandingan dan Persejarahan 3 kredit
BBM5203 Sosiolinguistik Lanjutan 3 kredit
BBM5204 Psikolinguistik Lanjutan 3 kredit
BBM5206 Aliran Linguistik Melayu 3 kredit
BBM5207 Metodologi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu 3 kredit
BBM5208 Semantik dan Pragmatik 3 kredit
BBM5407 Kajian Wacana 3 kredit
ii. Kursus Elektif (12 kredit)
BBM5101 Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu 3 kredit
BBM5103 Perancangan Bahasa 3 kredit
BBM5404 Linguistik Forensik 3 kredit
BBM5405 Penulisan dan Penerbitan Karya Ilmiah 3 kredit
BBM5406 Analisis dan Interpretasi Data Bahasa 3 kredit
BBM5408 Perkembangan dan Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak 3 kredit
BBM5409 Linguistik Konstrastif 3 kredit
iii. Kursus Persediaan (3 kursus)
Calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.00 hendaklah mengambil dan lulus 3 kursus persediaan di peringkat Bacelor (selewat-lewatnya pada semester ke-2 sepanjang tempoh pengajian) dengan sekurang-kurangnya gred B+.
Senarai kursus persediaan:
BBM3201 Pengantar Linguistik Am 3 kredit DAN
BBM3214 Nahu Melayu 3 kredit DAN
Kursus lain (3 kredit) yang ditawarkan oleh Jabatan.
b. Keperluan Lain
Projek Penyelidikan
FBK5600 Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit
FBK5989 Disertasi Penyelidikan 6 kredit
Kemaskini:: 07/04/2025 [safari] Kemaskini:: [amir_peli] Kemaskini:: 07/09/2018 [zurainijusoh]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia