Welcoming Ceremony New Bachelor Trimester Students July Intake 2025 & Academic Briefing | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » Welcoming Ceremony New Bachelor Trimester Students July Intake 2025 & Academic Briefing

Welcoming Ceremony New Bachelor Trimester Students July Intake 2025 & Academic Briefing

UPM SERDANG, 2 JULAI 2025 - Welcoming Ceremony for New Bachelor Trimester Students July’s Intake 2025 & Academic Briefing anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun 2025, bertempat di Auditorium Za'ba, FBMK.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, yang turut memberikan ucapan alu-aluan kepada pelajar baharu.

Turut hadir sama barisan pensyarah dan pegawai fakulti untuk menyampaikan taklimat yang meliputi struktur pengajian, peraturan fakulti, serta sokongan akademik sepanjang tempoh pengajian.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform pengenalan rasmi kepada warga FBMK, tetapi juga membangkitkan semangat pelajar baharu untuk memulakan perjalanan akademik mereka dengan penuh yakin dan bermakna.

Selamat datang ke FBMK, Universiti Putra Malaysia!

Tarikh Input: 02/07/2025 | Kemaskini: 02/07/2025 | amisya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (10:50:05pm-10:55:05pm, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]