UPM Perkasa OKU Melalui Program Prihatin Kasih | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » UPM Perkasa OKU Melalui Program Prihatin Kasih

UPM Perkasa OKU Melalui Program Prihatin Kasih

UPM SERDANG, 16 MEI 2024 - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah menganjurkan Program Prihatin Kasih OKU sebagai usaha memperjuangkan kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di dewan Za'ba pada 14 Mei 2024.

Pengarah program, Nursyafiqah Ahmad Tarmizi, yang merupakan pelajar semester empat, Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu berkata, menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang inklusif dan mesra OKU di dalam kampus.

“FBMK merupakan fakulti yang mempunyai ramai pelajar golongan OKU di UPM iaitu seramai 26 orang. Oleh itu, kita jalankan program ini di FBMK sebagai langkah ke arah memperkasa golongan OKU dan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung termasuk perkongsian mengenai OKU serta cabaran mereka, persembahan daripada mahasiswa OKU, dan simulasi OKU penglihatan.

Sementara itu, penasihat program Dr. Mastura Mahamed berkata FBMK telah mengambil langkah proaktif dengan mempertingkatkan kemudahan mesra OKU seperti laluan khas ke bilik kuliah dan tandas mesra OKU. Selain itu, kemudahan seperti tempat letak kereta khas OKU dan laluan khusus seperti tactile di blok-blok akademik juga telah dipasang serta sedang dalam proses membina sistem sentuhan bagi memudahkan pembelajaran buat OKU penglihatan.

Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
W, (08:30:38pm-08:35:38pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]