UPM Meterai Memorandum Perjanjian Dengan ELS Language Centres | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » UPM Meterai Memorandum Perjanjian dengan ELS Language Centres

UPM Meterai Memorandum Perjanjian dengan ELS Language Centres

UPM SERDANG, 17 MAC 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ELS Language Centres memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) bagi memperkukuh kerjasama dalam program pendidikan bahasa Inggeris, khususnya bagi penawaran program penyambungan (bridging) di Shandong Women’s University (SDWU), China.

Majlis menandatangani MOA yang berlangsung pada 14 Mac 2025 di Bilik Eksekutif, Bangunan Canselori Putra, UPM, disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, dan Encik Sean Chee, Pengarah Urusan ELS Language Centres. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan, Pengarah ELS Language Centres, serta ahli pengurusan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM.

Melalui kerjasama ini, ELS Language Centres akan menyediakan tenaga pengajar bahasa Inggeris bagi program penyambungan di SDWU serta menawarkan latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga pengajar. ELS Language Centres, yang dikendalikan oleh ELSI Sdn. Bhd., merupakan institusi yang terkenal dalam menawarkan program bahasa Inggeris berkualiti kepada pelajar yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Selepas sesi menandatangani MOA, YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM, turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar dalam memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris serta membuka lebih banyak peluang akademik dan profesional di peringkat antarabangsa.

 

Tarikh Input: 17/03/2025 | Kemaskini: 17/03/2025 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3700
03-9769 3727
X, (12:54:49pm-12:59:49pm, 17 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]