UPM Menang Tempat Keempat Program Pembinaan Bakat Siswa 2018 | FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
» BERITA » UPM Menang Tempat Keempat Program Pembinaan Bakat Siswa 2018

UPM Menang Tempat Keempat Program Pembinaan Bakat Siswa 2018

Kuala Lipis - Ahmad Akfhikrey Ahmad Japar, pelajar pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM memenangi tempat keempat dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2018, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Pemenang dan Semua Peserta Program Pembinaan Bakat Siswa 2018

Johan dimenangi oleh peserta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kedua oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, dan ketiga oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Objektif utama program ini adalah untuk membimbing mahasiswa agar lebih memahami dan menghayati sastera.

Semua Peserta, Pensyarah Pembimbing, Pegawai DBP, dan Hakim Program Pembinaan Bakat Siswa 2018

Program ini melibatkan seramai 20 peserta dari universiti awam, universiti swasta, dan Institut Pendidikan Guru yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Ahmad Akfhikrey Ahmad Japar, Peserta UPM sedang Membentangkan Hasil Kajiannya

Sepanjang penyertaan, UPM yang disokong sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, pernah memenangi tempat kedua pada 2017 dan tempat kelima pada 2016. Peserta UPM dibimbing oleh Dr. Sharil Nizam Sha'ri dan turut dibantu oleh pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.

Dr. Sharil Nizam Sha'ri Menerima Sijil Penghargaan daripada Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP

Program ini diadili berdasarkan penyediaan kertas kajian teks sastera terbitan terkini oleh DBP dan pembentangan atau persembahan yang tidak mempunyai elemen penyampaian debat dan pidato.

Tarikh Input: 17/05/2018 | Kemaskini: 17/05/2018 | zurainijusoh

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8661/8760/87
03-9769 3727
B1566420849